Monday 4 February 2013

LANDAK OH LANDAK...

Baru dapat panggilan dari abg sedara...kawannya dia boring bela ayam so nak cari hobi baru....so dia call la aku...aku cakap tak dak masalah...kecuali duit ja...sekoq RM200....
mau beli ka....dia kata mahalnya,,,dia cakap kat kawan dia tak sampai RM200.....
no komen la pasal nak kurang harga coz itu harga dari HQ......
nak makan pun boleh beli.....(klau teringin la nak makan...bg ibu2 yang mengandung klau nak makan terpaksalah beli walaupun mahal)....kecian hubby dia, kena beli....


 
ni yang dikurungkan kerana.....(hahaha...akibat bos dia kena tahan pasal bela landak ni la....-rampasan)
 
 
ni la landak raya....RM200 sekoq

gambaq ni hasil rampasan bersama bekas timbalan pengarah selangor sekarang dah jadi pengarah melaka (en khairi, en firdaus, fiza (dah berhenti keje gomen), amoi (sharinah), en halim (dah bertukar ke PERHILITAN Perak-naik pangkat)
 
ni wartawan dok ambik gambaq...nak buat cerhita masuk paper la tu...
 
 
LANDAK RAYA:
 
 
Landak Raya atau dalam (bahasa Inggeris: Malayan Porcupine) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Hystrix brachyura.
 
Landak Raya adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup,bertulang belakang (vertebrata), kelas Mamalia. Landak raya tergolong dalam keluarga. haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Landak Raya akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.

Jantung Landak Raya terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Sewaktu Inventori Kepelbagaian Biologi Taman Negara 2005 di Pahang, seekor Landak Raya telah dicerap oleh kumpulan PERHILITAN-ATM. Dapat disimpulkan bahawa Landak Raya :
  • mampu begerak pantas apabila terdesak, dan
  • memilih menuruni kawasan tanah tinggi, dan bukan mendaki bagi melarikan diri, serta mampu mengesan kehadiran awal musuh / haiwan lain.
Apabila baru 100 meter mendaki, kumpulan ini menemui timbunan tanah merah kira-kira 1 meter tinggi, iaitu struktur sarang Landak Raya.
  • sarangnya merupakan lubang sedalam lebih kurang 5 meter yang bersambung-sambung.
  • tanah lubang yang digalinya, dibuang setempat, membentuk timbunan tanah di hadapan lubang sarangnya.
  • terdapat dua lorong keluar-masuk bagi sarangnya.
  • banyak bulu Landak Raya yang gugur ditemui bercampur dengan tanah di timbunan sisa tanah.
  • jejak kakinya jelas kelihatan pada lorong keluar-masuk sarangnya.
  • terdapat minimum tiga pintu lubang keluar (bersaiz muat badan sahaja) dan satu pintu masuk (bersaiz lebih besar)

Di Malaysia, Landak Raya (Hystrix brachyura) merupakan haiwan yang tersenarai di bawah Jadual Dua - Hidupan Liar Yang Diperlindungi, Bahagian II - Haiwan Perburuan di dalam Akta Perlindungan Hidupan Liar No.76/72
Memburu, membunuh, menembak, mengurung atau memiliki spesies ini atau sebahagian daripadanya atau terofinya tanpa lesen adalah suatu kesalahan. Menjerat haiwan ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.


untuk keterangan lanjut sila hubungi :


Bahagian Konservasi Kepelbagaian Biologi,
Ibu Pejabat PERHILITAN, KM 10 Jalan Cheras,
56100 Kuala Lumpur.
( No.Tel. : 03-90752872 )



just cerhita ja....


coz pasal aku terima duit hasil jualan landak raya....hehehe 

No comments:

Post a Comment