Thursday 28 February 2013

TAK TAU TAJUK APA....

Alkisah....alkisah tersebutlah kisah....

amboi ayat......dialog cerita p.ramlee la pulak....hehehe

ceritanya pasal hari isnin minggu lepas (18/2/2013)...pasal anak sulung aku yang sorang ni....
ceritanya begini.....hahaha...gelak dulu pas tu macam nak marah anak dara sorang ni....

waktu balik sekolah dia tak mau naik van sekolah yang biasa dia naik tu....konon-konon balik jalan kaki lebih cepat dari naik van...katanya lah...coz dia selalu sampai rumah lambat sebab Pak Din (drebar van sekolah) hantar orang lain dulu, so dia sampai rumah selalu lewat...lewat pun tak la lewat sangat pun habis kuat pukul 1.30 tengahari kot....
dah tu nak di jadikan cerita masa dia jalan kaki ada seorang hamba Allah ni tumpangkan dia balik....
dah tu siap boleh bercerita along ni kat hamba Allah tu dia nama apa dok kat mana....
Nasib hamba Allah tu baik hantarkan along sampai ke rumah..... Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya (atas kebaikan nya)

dah sampai rumah macam baguih cerita kat mak ndak dia (adik aku) yang orang tu tumpangkan dia...siap rheyau rheyau lagi....

pas tu adik aku pun msg aku tentang kes tu....aku pun mula la tak tentu arah...nak buat kheja pun tak senang....telepon hubby dia tak jawap....rupanya tengah dok meeting.....

tepat pukul 4.30 ptg tunggu bapak lagi cabut la aku dari opis nak jumpa si along ni kat rumah tanya dia pasal pa dia buat mcm tu....siap nangis2 lagi cherita kat umi dia ni....

along along ....teringat zaman hubby kecik2 dulu...katanya dia pernah balik naik lori ikan gara-gara tok ayah dia lambat ambik dia kat sekolah...mmmmmmm....mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi...

Thursday 14 February 2013

MINGGU YANG .......

Minggu ni minggu yang tak tau nak cakap macam apa...minggu bermasalah, boring dan ....
entahlah...satu satu masalah timbul sejak akhir akhir ni...

kemarin dah start kheja....lengang la pulak

 
lebih kurang mcam ni la....( tapi ni bukan pejabat aku) contoh...
 
 
 
dok tengah buat kheja, ketikus pc aku pulak rosak....ceh...sioooot betuiii la...hangin satu badan...nak beli, kena pakai duit sendiri dulu, baru claim....dah la duit tinggal semekin semekut dah....claim pulak dapat lambat....hampeeehhhhh
 
 
 
heee....nak ambik kooo...sekali tikus masuk gambaq ni (hiasan semata-mata)
 
 
 
adeeeeshhhhhh...dah jadi masalah besaq dah, aku mula la tak boleh buat kheja....dengan cc pot pet suruh aku buat kontrak la...bayaran la....panjat wang runcit apa kebala la aku kena buat ....sioooot betui la.......bukannya kheja aku pun......nak bayaq sangat2 buat la sendiri......(dia suruh buat coz pt kew yang buat kheja ni cuti seminggu-raya cina la katakan)
hempehhhhhh.....
 
 
kemarin makan pun tunggang langgang....buat nasi goreng bodoh...alaaaaa nasi grg bersama teloq ja....itu la nasi goreng bodoh namanya.....nasib tuan dia tak bodoh.....simpang simpang.....
 
makan sikit waktu pagi, tengahari...last2 petang baru lengkap hbs nasi grg aku....licin....
 
kemarin aku cabut dari opis pukul 4.45 petang lebih...kira awal la aku balik.....tapi aku cabut cara terhormat tau....coz aku masuk opis pukul 7.30 pg...so 4.30 ptg dah boleh balik dah.....
 
perjalanan balik agak lengang, mungkin orang2 kat shah alam ni masih bercuti sempena raya cina ni......perjalanan pun agak lancar....tak la mcam selalu....penat dalam perjalanan ja lebih.......
 
sampai rumah nasib adik aku dah masak....tapi simple simple ja....sambal daging, pedas gler....tapi hbs jugak....anak2 aku bab sambal menyambal ni memang suka sangat...tambah2 lagi nasi....tapi feveret depa ayam sambal.....
 
 
 
 
ni la sambal daging....tapi ni gambar dari google je...
 
 
 
 
lebih kurang macam la......(ini ambik dari google je)hehehe
 
 
 
my hubby macam besa la lauk kicap dengan teloq goreng pun dia boleh makan, tak banyak krenah sangat.......janji makan nasi....senang aku jaga....hehehe...
 
jadual malam kami macam besa la.....lepaih makan, baru nak sembahyang maghrib.....aku sembahyang dengan anak2 ja, hubby p surau la...pas tu balik bawa anak p mengaji....
 
malam tadi tak tidoq awal jugak...rancang nak tidoq awal...terbukak crita best la pulak...my feveret cerhita CSI...layannnnn...sambal layan my hero main bola dalam rhumah......bepeluh sungguh muhammad ni klau main bole...pantang jumpa bola....mula la menyepak tak tentu arah.....Muhammad muhammad.....
 
Hari ni Along (NUR FARHANA) dah sekolah balik...angah (NUR FAIZAH) dah sekolah kemarin.......selalunya aku memang tak sempat nak siapkan anak2 coz aku kluaq p kheja pukul 6 pgi...so mu hubby la yang uruskan...tq sayang....angah pulak sekolah petang...adikku aku pulak yang uruskan..tinggal muhammad ja yang tak sekolah lagi.....
 
dok bergolek la sorang2 kat rumah dengan mak ndak (adikku)..... sementara along nak balik.......k lah nak makan sat..lapaq la pulak...baru nak makan pagi...jam dah tunjuk kat pukul 10 pagi dah...perut masih kosong....lapaq tahap gaban dah ni.....
 
chow chin chow....
 
 

 
 
 
 
 



Thursday 7 February 2013

LETIH....PENAT dan MENGANTOKNYA

Ya ALLAH....petang-petang mcm ni mau mengantok aku mengadap baucer-baucer yang nak di 'printkan'......malasnya...mengantoknya dah tahap gaban dah ni....




 
 
opis pun macam tak clear ja untuk aku landing ni....siooot betuilah.... ramai la pulak orng dok melepak kat atas ni.....aduuuushhhhhhh
 
 


baru pukul 3.15 petang..... bila la nak boleh balik ni....nak balik...nak balik....

kepala dah mula pening...ngap...ngap....

Ya ALLAH...permudahkanlah kheja aku hari ni...


 

KEK MARBLE

malam tadi dok saja-saja dengan adik, ter'plan' nak buat satu benda yang dah banyak hari aku tak buat....KEK MARBLE.....kek ni dah jadi feveret kak kat opis aku...KAK YATI...pantang aku buat sure dia sukenye akak kek ni...anak dia pun suka jugak...

dah banyak kali buat kek ni tapi tak kesampaian nak update kat blog ni...almaklumlah baru nak berjinak jinak dengan blog ni...

k lah...banyak bebel la pulak aku tengahari ni.....


KEK MARBLE

ni resepi KEK MARBLE

bahan-bahan

Bahan A
5 biji teloq ayam
190 gram gula kastor
10 gram ovalatte

Bahan B
40 gram ayaq kosong
1 sudu teh esen vanilla
200 gram mentega (cairkan)

Bahan C
280 gram tepung naik sendiri

1 sudu besar coklat emulco

Cara-cara

1. Bahan A pukul sampai pekat...(pukul jangan tak pukul)
2. setelah pekat, masukkan bahan B
3. pas tu, masukkan bahan C....(nota: setelah masukkan tepung jgn kacau terlalu lama, nnt kek akan jadi keras)
4. setelah tu, bahagikan adunan kepada 2 bahagian .......satu adunan masukkan coklat emulco....
5. guna loyang 8"....gliskan loyang....masukkan adunan secara berselang seli....satu putih, pas tu coklat, pas tu putih balik sampailah hbs adunan.......
6. bakar dengan oven (tak kan pakai microwave kot...no no no....) suhu 150'C masa 45 - 50 minit....(tapi sebelum tu panaskan oven dulu dalam 10 minit)
7. Taaaaaaaaaa daaaaaaaaaa...siap......masa untuk menjamu selera

( sebenarnya resepi ni aku dapat dari kelas chef zubaidah.....banyak berhabis RM masuk kelas chef ni...tapi kerana ilmu ku turutkan juga...hehehe)

ni lah hasilnya bila dah di potong....
 
taaa daaaa.....sodapnya....
 
ni la yang menjadi kesukaan member aku...KAK YATI....
 
 
 
so....jgn banyak cerhitalah.....cubalah sekarang....chow chin chow

Monday 4 February 2013

LANDAK OH LANDAK...

Baru dapat panggilan dari abg sedara...kawannya dia boring bela ayam so nak cari hobi baru....so dia call la aku...aku cakap tak dak masalah...kecuali duit ja...sekoq RM200....
mau beli ka....dia kata mahalnya,,,dia cakap kat kawan dia tak sampai RM200.....
no komen la pasal nak kurang harga coz itu harga dari HQ......
nak makan pun boleh beli.....(klau teringin la nak makan...bg ibu2 yang mengandung klau nak makan terpaksalah beli walaupun mahal)....kecian hubby dia, kena beli....


 
ni yang dikurungkan kerana.....(hahaha...akibat bos dia kena tahan pasal bela landak ni la....-rampasan)
 
 
ni la landak raya....RM200 sekoq

gambaq ni hasil rampasan bersama bekas timbalan pengarah selangor sekarang dah jadi pengarah melaka (en khairi, en firdaus, fiza (dah berhenti keje gomen), amoi (sharinah), en halim (dah bertukar ke PERHILITAN Perak-naik pangkat)
 
ni wartawan dok ambik gambaq...nak buat cerhita masuk paper la tu...
 
 
LANDAK RAYA:
 
 
Landak Raya atau dalam (bahasa Inggeris: Malayan Porcupine) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Hystrix brachyura.
 
Landak Raya adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup,bertulang belakang (vertebrata), kelas Mamalia. Landak raya tergolong dalam keluarga. haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan. Landak Raya akan menjaga anaknya sehingga mampu berdikari.

Jantung Landak Raya terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Sewaktu Inventori Kepelbagaian Biologi Taman Negara 2005 di Pahang, seekor Landak Raya telah dicerap oleh kumpulan PERHILITAN-ATM. Dapat disimpulkan bahawa Landak Raya :
  • mampu begerak pantas apabila terdesak, dan
  • memilih menuruni kawasan tanah tinggi, dan bukan mendaki bagi melarikan diri, serta mampu mengesan kehadiran awal musuh / haiwan lain.
Apabila baru 100 meter mendaki, kumpulan ini menemui timbunan tanah merah kira-kira 1 meter tinggi, iaitu struktur sarang Landak Raya.
  • sarangnya merupakan lubang sedalam lebih kurang 5 meter yang bersambung-sambung.
  • tanah lubang yang digalinya, dibuang setempat, membentuk timbunan tanah di hadapan lubang sarangnya.
  • terdapat dua lorong keluar-masuk bagi sarangnya.
  • banyak bulu Landak Raya yang gugur ditemui bercampur dengan tanah di timbunan sisa tanah.
  • jejak kakinya jelas kelihatan pada lorong keluar-masuk sarangnya.
  • terdapat minimum tiga pintu lubang keluar (bersaiz muat badan sahaja) dan satu pintu masuk (bersaiz lebih besar)

Di Malaysia, Landak Raya (Hystrix brachyura) merupakan haiwan yang tersenarai di bawah Jadual Dua - Hidupan Liar Yang Diperlindungi, Bahagian II - Haiwan Perburuan di dalam Akta Perlindungan Hidupan Liar No.76/72
Memburu, membunuh, menembak, mengurung atau memiliki spesies ini atau sebahagian daripadanya atau terofinya tanpa lesen adalah suatu kesalahan. Menjerat haiwan ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.


untuk keterangan lanjut sila hubungi :


Bahagian Konservasi Kepelbagaian Biologi,
Ibu Pejabat PERHILITAN, KM 10 Jalan Cheras,
56100 Kuala Lumpur.
( No.Tel. : 03-90752872 )



just cerhita ja....


coz pasal aku terima duit hasil jualan landak raya....hehehe 

Friday 1 February 2013

PAGI YANG......

Awal-awal pagi aku dah nak maki mesin TOUCH 'N GO...gara-gara duit dalam kad TOUCH 'N GO aku habis 'ditelannya'....

Begini ceritanya:

hehehe........dan waaaaaaaaaaaaaa

Awal pagi tadi dalam 6.30 pg aku besa la nak p ke tempat kheja.....so dalam perjalanan rasa macam best la pulak pagi ni coz kheta tak banyak kat Rawang pasal org kheja kat KL cuti hari ni....agak lengang jugak la....sampai saja kat Plaza Tol Rawang, lorong TOUCH 'N GO kheta banyak la pulak so aku pun masuk lorong TUNAI DAN TOUCH 'N GO .....sebab lorong tu kheta tak dak.....aku pun touch la kad TOUCH 'N GO aku kat situ.....aku ingat dah settle lepas aku touch...so aku teruih la perjalanan...rupa rupanya touch aku tu tak di letakkan dengan betul...sistem dalam pondok tunai tu tak on...sial betui la...bila sampai touch yang kedua...kredit aku di tolak habis dari kad....bangang sungguh....habis duit aku........

 
hiasan je.....(saje nak tunjuk plaza tol)....
 
 
aku pun mula nak bergaduh dengan orang yang bgtau duit dalam kad TOUCH 'N GO tu dah habis...katanya aku dari JURU, PENANG...ape ke halnya pulak pagi2 aku dari PENANG....aku bgatu dia aku dari Rawang....kena bayar 80 sen ja....so dia terangkan..katanya aku mungkin tak touch dengan  betuiiii....sialllllll...bangang.... 
@#$%&*.........
 
dah la pagi2 ni lorong tunai higway GUTHRIE selalu sibuk dengan 1 lorong ja....so beratur panjang la aku.....
 
sepanjang jalan macam nak maki je.....
 
sampai pejabat dah 7.40 pagi....lambat sungguh....
 
sampai pejabat aku pun cherita kat CC pentadbiran...dia suruh p report kat pejabat TOL Rawang...katanya dia penah sekali kena , dapat balik duit...mmmmmmm...petang ni kena x-cuse jugak la aku nak p buat report....ooooiiiiiiiiii, banyak tu ......
 
aku call my hubby, dia cakap tak payah la klau menyusahkan naik turun pejabat tol tu....
 
mana boleh duit tu.....apa nak jadi jadilah aku nak p report jugak kat pejabat tol ....
 
tunggu keputusan petang ni macam mana.....
 
 
chow chin chow....
 
 
 
 
 


Thursday 31 January 2013

UCAPAN SELAMAT HARI JADI DARI SEORANG SUAMI......

"SeLamAt uLanG tahun Kelahiran buat Yg TeRsayang, I Pray to ALLAh moga diberikan kesejahteraan, keharmonian dlm rumahtangga dan dimurahkan rezeki..Moga diberikan kekuatan dan ketaqwaan dlm perjalanan setiap DetIk Masa Dsamping keluarga tersayang...BABA N ANAK2 sYg UMI Dunia AKHirat.....


 
 
 
yang amat bahagia memiliki seorang suami seperti abg.....walaupun pelbagai cabaran dan dugaan yang kita hadapi, kita sama-sama mengharunginya dengan penuh sabar.....
 


 

SUPRISE.....birthday

malam tadi adalah hari yang paling bahagia bg diri aku, first time laki aku buat suprise.....sepanjang perkenalan dan hidup dengan seorang lelaki yang bernama MOHD NAZRUL BIN MAT REJAB ni, x penah pun dia buat suprise...malam tadi adalah malam yang mengejutkan sungguh......

pertama.....dia ajak dating....minum je kat kedai hassan (kedai makan kat rumah aku)....mmmm besa ja pun....tak nampak macam nak sambut birthday....sekadar minum minum sembang sembang......pas tu dia ajak balik....katanya jap lagi nak hantar anak p mengaji pas tu dia nak surau sembahyang maghrib...

tak pe lah...memang jadual dia hantar anak p mengaji dengan p surau.... tak pelah lagipun aku penat sungguh minggu ni...dengan kheja x hbs2....

lepas dia ambik anak-anak dari rumah ustazah, dia ajak keluaq makan....dia cakap nak makan kat RESTORAN SURAYA (restoran  yang selalu kami p makan kat Rawang.....mmmm besa ja)....alih alih dia bawa p PIZZA HUT.....biaq betui.....buang tebiat ke mamat sorang ni....selama 9 tahun aku tak masuk pizza hut, ni dia bw p makan kat situ....sedangkan selama ni klau nak makan pizza, bgtau kat dia, dia p beli kat depan jalan kat rumah....cittttt.....

tak pe lah rezeki pra birthday aku....hahaha....adik aku lagila syok...anak2 tak payah nak crita...perhak jakun masuk pizza hut....siap ketuk2 meja dengan pinggan lagi...hidangan lambat sampai......

sempat lagi berposing ...

 
lapaq....lapaq....
 
 

 
 
babah melayan anak lelaki...
 
ciuman dari seorang suami...

kami di PIZZA HUT

aiskrim time....

2 mangkuk sup cendawan along habiskan........mmmmmmm

suapan kasih sayang dari hubby tersayang.....

sedapnya.....sup cendawan

lazatnya aiskrim di malam hari.....

 


kami anak2 babah

pizzaaaaaa

sedapnya pizza.....sampai terpejam mata

sambil makan sambil tengok kamera

berposing tepi tandas la pulak.....

kebahagiaan yang tidak dapat di beli dengan wang ringgit....
 
 
selepas celebrate birthday aku kat pizza hut...tetiba hubby ajak p genting higlands.....biaq betikkkk....alahai abg oooiiiiiiiiiiii...esok nak rheja....main2 pulak dia sorang ni ajak naik genting malam2 buta....pkl 11 malam dah ni.....
 
 
kata "dia jom la sayang....saje je kita naik....tengok bulan, bulan malam ni cantik la....."
 
 
mmmmmmmmmmm......main-main la tu......
 
ikut je lah....
 
 
memang betuiiiii sungguh hubby aku ni...dia bawa sungguh naik genting higlands.....pukul 12.00 tengah malam aku sambut birthday di atas genting higlands.....waaaahhhhhhhhhhhhhhhh.....
 
romantiknya laki aku.....sioooottttttt.....buang tebiat dah ke?
 
 
tapi kami tak lama atas genting tu coz esok dah nak kheja...lagipun sejuk menggila....
 
dengan kabus menyelebungi genting tu, drive kheta pun tak nampak jalan harap berpandukan cat putih kat jalan tu ja yang nampak....
 
 
signboard kat genting....

hotel genting....apa nama entah



kabus tebal

kabus terus menyelebungi petrol pam genting


adik aku aka kakak sempat berposing
 
 
baru nak berposing bergambaq dengan hubby bateri kamera pulak kong....siiioooot  betui la....ni la bila x plan nak p genting...last last tak de gambar romantik aku dengan hubby di puncak genting higlands.....tak pe...ada umuq panjang kami akan kemali lagi....tapi dengan cara rancangan yang hebat....wahahahaha....
 
kami sampai rumah dah hampir pukul 1.30 pg....mengantok hanya ALLAH yang tau....
 
pagi ni bangun tidoq mata dah jadi mata panda.....
 


 
mengantokkkkkk..........
 
 
chow chin chow.........
 
 
 
 


 

 

Wednesday 30 January 2013

DAH TENGAHARI.....dan.......

Sedaq tak sedaq dah tengahari....bulan satu tahun 2013 bakal melabuhkan tirai.... ayyyoooooo.....esok dah 31hb JANUARI 2013....aku bakal menginjak ke satu tahap lagi.....tahap umur yang semakin meningkat TUA....iskkkkkk....pejam celik pejam celik dah 31 tahun aku hidup kat muka bumi ni....

pasal wish dari hubby aku belum terima lagi...tapi yang aku terima 2 tahun sudah aku dapat seutas jam tangan yang berharga lebih kurang RM2++...bestnyeee.......pertama kali dapat hadiah semahal tu....masa berkawan tak la dapat pun...masa mula enal dia dulu...pergghhhhhh nak bagi hadiah pun susah...sekarang ni makin romantik la pulak hubby aku sorang ni......makin lama makin aku sangat bangat kat dia......sayang n cinta sangat2 (ayat indon + malasia pun ada...lantaklah, janji aku paham...hahaha)



tahun lepas dapat handset......sebijik kheta (hubby kena bayar ansurans bulanan....hehehe)..... walaupun tak mahal tapi aku amat menghargai pemberian dia untuk aku.....TQ banyak abg....

 
hp murah je....hehehe
 
 
 
 
kheta besa2 ja.......
 

Tahun ni tak  tau la dia nak bagi apa....tapi aku ni hing hing jugak la kat dia ...tapi dia buat buat tak tau la pulak....tak pe tak pe...esok tengok macam mana......kalau tak bagi jugak mau merajuk aku....tak mau kawan dah....(merajuk la konon...cittt).....

aku amat bahagia memiliki dan mendampingi dirimu ABG....walaupun pelbagai cobaan dan dugaan yang kita hadapi.....abg sentiasa tabah bersama yang....jatuh bangun kita sentiasa bersama.....buktinya haaaaaaaaaa.......tu tiga pasang mata ......(anak-anak).......

 

 
NUR FARHANA (along)

 
NUR FAIZAH (angah)

 
MUHAMMAD FARIDDUDDIN (mamat)


ayat jiwang aku dah mula keluaq dah ni....walaupun aku bukannya budak sastera tapi aku tau la sikit2 ayat2 jiwang ni......(perasan...hahaha).....

selalunya mak, kak long n kuda (kak uda)...akan wish kat aku pagi pagi 31hb...tapi tengoklah esok macam mana....tunggggggggguuuuuuuuuuu........

siooootttttttt.....betui la banyak la kheja nak buat.....tak hbs lagi.....waaaaaaaa........nak sambung kheja...nnt audit masukkkkkkk..............chow chin chow......